Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menawarkan program Diploma Seni Tari dan Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian secara sepenuh masa dengan dua pengkhususan iaitu Persembahan dan Koreografi. Sasaran utama Fakulti Tari adalah melahirkan penari dan koreografer profesional, berilmu dan berkaliber tinggi, serta mampu menghasilkan idea dalam menghasilkan karya. Fakulti Tari memberi pengajaran dan pembelajaran melalui kegiatan studio, kuliah dan produksi dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara ‘hands-on’ daripada tenaga pengajar mahir seperti adiguru, tokoh industri, ahli profesional dan pensyarah secara menyeluruh. Pengisian kursus adalah menyeluruh yang meliputi rujukan bacaan, bengkel tari, serta pelaksanaan produksi yang membekalkan kemahiran serta pengalaman kepada pelajar. ASWARA mempunyai matlamat untuk melahirkan penggiat seni yang mampu menjadi pemimpin dan penggerak yang berkesan dalam usaha membangunkan industri kesenian kreatif negara. Melalui program pengajian yang menitikberatkan ilmu praktikal dan teori, Fakulti Tari melengkapkan graduan dengan ilmu dan kaedah dengan melaksanakan kajian supaya menjadi penggiat, pendidik, dan sumber rujukan dalam bidang kesenian.
No events.