EMOTIF VOL 6: TRIPLE BILL ANWAR RIDHWAN
價格
RM20.00/ approx NT$147.00
from
RM20.00/ approx NT$147.00
所有费用已包含
價格
RM20.00/ approx NT$147.00
from
RM20.00/ approx NT$147.00
所有费用已包含
票務
Friday
20th
May 2022
8:30PM (GMT+8)
線上觀看
Saturday
21st
May 2022
8:30PM (GMT+8)
線上觀看
Sunday
22nd
May 2022
8:30PM (GMT+8)
線上觀看
關於
CONCIPES karya Anwar Ridhwan
Pengarah: Hanura Akbar & Shariful Akma
Dua orang wanita yang terserempak di tempat menunggu bas. Wanita 2 bercakap dengan anaknya manakala wanita 1 sedang menunggu bas yang akan tiba untuk mendapatkan barangan daripada abangnya di kampung. Suasana begitu sunyi kerana berlakunya pandemik dan sekatan jalanraya sedang berlangsung. Sejurus selepas wanita 2 beredar, wanita 1 ternampak seorang pemuda menuju ke arah perhentian bas. Malangnya pemuda itu pengsan dan dimasukkan ke hospital. Konflik berlaku apabila wanita 1 mengambil beg galas pemuda tersebut. Akhirnya, terbongkar satu rahsia yang pernah terjadi antara wanita 1 dan pemuda tersebut.
ROBOT TIBA-TIBA MUNCUL DI HALAMAN RUMAH KAMI PADA SUATU PETANG karya Anwar Ridhwan
Pengarah: Fasyali Fadzly
Sebuah perigi sedang digali di hadapan sebuah rumah sebelum sambutan hari jadi seorang anak dalam keluarga kecil. Walaubagaimanapun, perigi tersebut tidak mengeluarkan air walau sudah digali dalam. Kemudiannya, sambutan hari jadi diteruskan dan belon milik Anak Perempuan Terbang. Suatu petang, sebuah robot muncul di halaman membawa belon yang serupa hilang. Robot ini kemudiannya hidup bersama keluarga ini. Robot kemudiannya menjadi ancaman dan mula menentukan kehendaknya sendiri dan ingin menghapuskan amalan biasa keluarga dan masyarakat di situ. Akhirnya, robot tersebut dihumban ke dalam perigi setelah berlaku pergolakan antara manusia dan robot.
RUMAH SEPTUAGENARIAN karya Anwar Ridhwan
Pengarah: Lee Tuck Cheng
Pada tahun 2030, dua pekerja telah bersetuju untuk menolong di rumah septuagenarian. Keputusan itu disambut dengan baik oleh pengurus rumah tersebut. Sebelum mereka menjadi sukarelawan di rumah tersebut, pengurus rumah itu memberitahu mereka beberapa pekara yang penting. Ini termasuklah penghuni di rumah ini mengunakan nama gelaran- daerah tempat mereka dilahirkan. Sukarelawan ini juga dipesan untuk melayan septuagenarian di rumah ini dengan cara D.A.S (Dengar, Angguk, Senyum). Sepanjang mereka berkerja di rumah tersebut, mereka dapat mengenali penghuni tersebut yang berpelbagaian personaliti yang menarik. Di rumah ini, terdapat juga yang baru mendaftar untuk menyertai perkhidmatan ini dan ada juga yang meninggalkan tempat ini untuk menerima rawatan selanjutnya. Cerita ini berakhir dengan situasi yang gembira di mana dua penghuni tersebut telah jatuh cinta dan kahwin dan juga pengakhiran yang sedih di mana seseorang penghuni dihantar oleh anaknya ke rumah warga emas untuk menerima penjagaan yang lebih bersesuaian dengan kondisinya.