價格
RM30.00/ approx NT$218.00RM40.00/ approx NT$290.00
from
RM30.00/ approx NT$218.00
所有费用已包含
價格
RM30.00/ approx NT$218.00RM40.00/ approx NT$290.00
from
RM30.00/ approx NT$218.00
所有费用已包含
Duration: 90 minutes
票務
Friday
11th
Oct 2024
9:00PM (GMT+8)
現場觀看
Saturday
12th
Oct 2024
9:00PM (GMT+8)
現場觀看
Sunday
13th
Oct 2024
9:00PM (GMT+8)
現場觀看
關於
ASTERIK ANAK SENI
Asterik Anak Seni Production, atau lebih dikenali sebagai Asterik, telah bergiat secara aktif dalam teater, seni, dan pengurusan acara sejak 2016. Asterik tidak asing lagi dalam komuniti teater atas pencapaian dan hasil-hasil kerja sepanjang penglibatan dan kerjasama antara penggiat lain. Terdiri daripada individu berpengalaman dalam pelbagai bidang, Asterik memfokuskan kerja-kerja kreatif, persembahan teater, pengurusan acara, pemasaran, dan perkongsian media secara kolaborasi dan professional.
Asterik telah memenangi Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 untuk kategori Reka Bentuk Set/Visual Terbaik dan telah dicalonkan untuk Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 dalam pelbagai kategori, termasuk Reka Bentuk Set/Visual Terbaik, Reka Bentuk Pencahayaan Terbaik, dan Pelakon Pembantu Terbaik. Asterik turut dinobatkan sebagai Naib Juara di Festival Teater Kuala Lumpur 2019 dengan penganugerahan Pengarah Terbaik, Perekabentuk Scenografi Terbaik, dan Pelakon Pembantu Harapan Lelaki & Wanita Terbaik
Antara kerja-kerja kolaborasi yang pernah dilaksanakan seperti Teater Musikal Superhero JKKN (2019), Teater Asrama-RA di Istana Budaya (2017), Poets vs Wild (2016), dan Teater Kenduri Kendara (2017). Apa yang benar-benar membezakan Asterik adalah semangat kerjasama dan kepakaran individu ahli mereka. Setiap projek akan diberikan penuh perhatian dan profesionalisme, memastikan visi setiap kolaborator direalisasikan dengan sempurna. Dedikasi Asterik untuk menghasilkan kerja berkualiti tinggi adalah keutamaan dalam mengangkat karya-karya yang akan diingati.
SINOPSIS
Rompakan terancang dan besar-besaran ke atas Bank Marela oleh Mario dan pengikutnya adalah sebuah penentangan ideologi rasuah dan ketidakadilan. Namun, konflik moraliti, pegangan yang goyah, dan dendam lama menguji integriti dalam kalangan mereka sendiri. Mario, kini berdepan dengan suratan perjuangan yang tergantung; antara sia-sia atau berjaya. TASUKETE!
KOLABORASI
Asterik Anak Seni telah dirisik oleh pelajar-pelajar degree dari ASWARA melalui King.Vak Production untuk merealisasikan hasrat berpentas di luar kampus dalam persediaan penilaian akhir tahun. SUGOI! ROMPAK bukanlah sekadar pementasan biasa, ia adalah kolaborasi yang merapatkan jurang kreatif antara penggiat dan pelajar seni. Semoga usaha ni menjadi pendorong buat komuniti teater dan titik tolak bagi membuka peluang luas untuk King.Vak dan Asterik beraksi lebih jauh di masa depan. IKUZO!
ROMPAK
Perjuangan ini, bukan hak sendiri!
PENERBIT EKSEKUTIF: Nazreena Zainuddin
PENYELARAS KEWANGAN: Ahmad Huzaifah
PENGURUS PRODUKSI: Royzaib Sugian
KARYA & ARAHAN: Hazzy Alzeeq
PENOLONG PENGARAH : Qiu Qatina
ARTISTIK & TEKNIKAL: Afendi Shah, Mairahrauqah, Fainatul Iklilsha, Maya Aisya, Fikri Akhmal, Wan Reip
PENGURUS PENTAS: Khairina Eddie
PENOLONG PENGURUS PENTAS: Jaja
PUBLISITI & PEMASARAN: Aliff Adzham, Najhan Tumirin, Cahaya Jais, Adammerizq, Fayien Halim
PELAKON UTAMA
1. Call Me Aidee
2. Shila Shailo
3. Syura Hazmi
4. Akmal Sulaiman
5. Darwisy
6. Mokhtar Iskandarsyah
7. Josh Asedass
ENSEMBLE
1. Iqa Dayana
2. Hakim Atma
3. Izzad Fahmi
4. Livaans
5. Sara Sophia
6. Siti Fatimah
7. Aizat Shah
RAKAN MEDIA
Parallact Art
Acahart Studio
Revolution Stage
Atisuto