Sutra Ginjal: Alur Nadiku (Kidney Sutra)
Duration: 60 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Smart Casual
from
RM88.00/ approx NT$697.00
需支付额外费用
Duration: 60 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Smart Casual
Bagaimana jika kisah kegagalan buah pinggang bukanlah kisah tentang kematian?
票務
關於

Namanya Soon, diberikan oleh ibu bapanya sebagai doa agar kehidupannya sentiasa lancar dan sejahtera. Namun, diagnosis kegagalan buah pinggang ketika remaja membuatkannya dibayangi ketakutan terhadap penyakit, dialisis dan masa depan yang tidak menentu, sehingga dia menyangka kehidupannya telah berakhir.
《Sutra Ginjal: Alur Nadiku》 ialah sebuah monodrama yang menggabungkan humor, kenangan zaman kanak-kanak, pengalaman peribadi serta kepelbagaian bahasa dan budaya Malaysia. Karya ini mengisahkan perjalanan Soon daripada ketakutan dan penafian kepada penerimaan dan kelahiran semula. Melalui kasih sayang keluarga dan kebaikan orang di sekelilingnya, dia menyedari bahawa dialisis bukan sekadar titik perubahan dalam hidupnya, malah membuka jalan ke sebuah dunia baharu.
Hidup tidak semestinya lancar, namun kita tetap perlu menemukan keberanian untuk terus hidup.
The Kidney Sutra
His name is Soon, given by his parents as a wish for a smooth and fortunate life. Yet, being diagnosed with kidney failure as a teenager plunged him into fear of illness, dialysis and an uncertain future, making him believe that life as he knew it had come to an end.
《The Kidney Sutra》 is a solo theatre work that blends humour, childhood memories, personal experiences, and Malaysia’s diverse languages and cultures. It follows Soon’s journey from fear and avoidance to acceptance and rebirth. Through his family’s love and the kindness of others, he discovers that dialysis is not merely a turning point in his life, but a gateway to a new world.
Life may not always go smoothly, but we must still find the courage to keep living.
Nota Penulis Skrip & Pelakon / Refleksi Peribadi
Selepas didiagnosis mengalami kegagalan buah pinggang pada usia 16 tahun, saya merahsiakan keadaan kesihatan saya atas permintaan keluarga, lalu bertahun-tahun hidup dalam ketakutan dan tekanan emosi. Selepas memulakan dialisis pada tahun 2009, saya masih bekerja, berlakon di pentas dan melancong, berusaha menjalani kehidupan dengan cara saya sendiri.
Pada tahun 2025, seorang pesakit buah pinggang memberitahu saya bahawa sebuah artikel yang saya kongsikan bertahun-tahun dahulu telah membantunya membuat keputusan berani untuk menjalani dialisis. Pengalaman itu mengukuhkan kepercayaan saya bahawa kehidupan mampu menyentuh kehidupan yang lain.
《Sutra Ginjal: Alur Nadiku》 bukan sekadar kisah tentang penyakit buah pinggang dan dialisis. Melalui teater, saya berharap dapat menyemai keberanian dan mengingatkan kita bahawa walaupun kehidupan tidak berjalan seperti yang diharapkan, kita masih mampu mencari cara untuk meneruskan hidup.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada William Yap dan semua yang telah memberikan sokongan sepanjang perjalanan ini. Terima kasih juga kepada setiap penonton yang hadir untuk menyaksikan karya ini. Semoga persembahan ini menghadiahkan anda gelak tawa, air mata dan inspirasi.
Terima kasih.
Playwright & Actor's Note / A Personal Reflection
After being diagnosed with kidney failure at 16, I kept my condition a secret at my family’s urging, spending years living with fear and emotional restraint. When I began dialysis in 2009, I continued working, performing on stage and travelling, striving to live life on my own terms.
In 2025, a fellow patient told me that an article I had written years earlier had helped him make the courageous decision to undergo dialysis. This reaffirmed my belief that one life can touch another.
《The Kidney Sutra》 is not merely a story about kidney disease and dialysis. Through theatre, I hope to inspire courage and remind people that even when life takes an unexpected turn, we can still find our own way of living.
My heartfelt thanks to William Yap and everyone who has supported me along the way. Thank you, too, to everyone who walks into the theatre to experience this play. May it bring you laughter, tears and inspiration.
Thank you.
Penerbit: William Yap
Pengarah: William Yap
Penulis Skrip: Season Chee
Pelakon: Season Chee
Dramaturg: Aushia K
Pengurus Pemasaran: Aushia K
Pengurus Projek / Pengurus Pentas: Veeky Tan
Pereka Poster / Pereka Set: Loh Zi Yu
Pereka Pencahayaan: Lim Wei Sing
Publisiti: William Yap
價格詳情
General Admission
RM88.00
Finding gems you'll love…