past

FESTIVAL PeTA TEATER 2023

Hypeart Production

日期0312/01/2023

時間8:30PM


語言英文, 馬來語

類別戲劇

這演出已結束。

from

RM15.00/ approx NT$104.00

Duration: 90 minutes for each of the performance

票務

Tuesday

3rd

Jan 2023

8:30PM (GMT+8)

BULAN BELUM KELAM

Friday

6th

Jan 2023

8:30PM (GMT+8)

TANGAN-TANGAN YANG TINGGAL

Monday

9th

Jan 2023

8:30PM (GMT+8)

POKOK

Thursday

12th

Jan 2023

8:30PM (GMT+8)

SPLIT GRAVY ON RICE

關於

Festival Peta Teater 2023 ini merupakan Penilaian Tahun Akhir(PeTA) bagi pelajar-pelajar ijazah sarjana muda teater tahun akhir di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA). Pelajar-pelajar tersebut akan dinilai mengikut pengkhususan mereka tersendiri seperti Pengarahan dan Lakonan.

Di dalam Festival ini juga akan diselitkan pelbagai aktiviti yang sangat menarik serta berkait dengan dunia pementasan, di dalam festival ini akan mengadakan sesi jualan makanan, barangan perhiasan dan pelbagai lagi. Festival ini juga akan mengadakan Bengkel Asas Lakon dan Bengkel Asas Sinografi serta persembahan dan tayangan daripada pelajar-pelajar ASWARA.

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk meraih sokongan baru daripada khalayak ramai yang tidak tahu akan dunia seni yang sangat indah ini, serta membuka peluang kepada mereka yang ingin belajar berkenaan Teater.


SINOPSIS

BULAN BELUM KELAM

Bulan Belum Kelam merupakan karya Roziah Adama yang mengisahkan dua wanita warga negara Indonesia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat dan cita-cita mereka tercapai.

Pelajar dinilai 
Carolyne Carrie

TANGAN-TANGAN YANG TINGGAL

Tangan Tangan Yang Tinggal karya Siti Jasmina mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Waris yang mencari jalan kebenarannya yang dibantu oleh seorang ustaz ternama iaitu Ustaz Haji Al-Rashid. Konflik berlaku apabila wujudnya perasaan hasrat dengki oleh anak ustaz tersebut, Sali. Tercetuslah tuduh menuduh dan dakwaan yang keterlaluan hingga memakan diri sendiri. IBU SUFIAH tidak dapat menentang dan melawan Sali yang semakin terpesong dengan ajaran sesat sehingga tercipta sebuah kumpulan ajaran-ajaran sesat. Ibu Sufiah juga tidak terdaya untuk menolong Wan Aisyah yang ditangkap oleh sekumpulan ajaran sesat tersebut.

Pelajar dinilai 
Aznor Ikhwan, Amierul Hasriel, Fakhruddin Harun, Zulhelmi Zainal, Azna Azmi & Huda Teera

POKOK

Seorang isteri sedang sarat mengandung dan meminta untuk suaminya untuk berpindah. Tetapi suaminya merasakan bahawa itu tidak perlu kerana dia sudah selesa tinggal di situ. isterinya ingin berpindah bukan sahaja kerana anaknya yang bakal lahir malah disebabkan oleh majikannya yang sering menggodanya di tempat kerja. kemudian, isterinya memaksa suaminya untuk berjanji untuk pindah ke tempat lain yang boleh mulakan hidup baru.

Pelajar dinilai 
Asyriq Rosli, Nesa Idrus, Fitri Mifdhal

SPILT GRAVY ON RICE

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur, Malaysia. Keluarga ini terdiri daripada 5 orang adik beradik yang bernama Zakaria, Kalsom, Husni, Zaitun dan Darwis. Oleh kerana Bapak sudah uzur, dia telah meminta supaya anak-anaknya berkumpul bagi menyelesaikan isu keluarga, termasuklah siapa yang akan mewarisi rumahnya. Malangnya Bapak telah meninggal dunia sebelum isu keluarga diselesaikan, dan roh Bapak telah kembali ke alam nyata untuk menyelesaikan isu ini.

Pelajar dinilai 
Lee Tuck Cheng, Dan Pablo, Shazdan Andshar, Sam Aziz, Geehoneybee, Rose Julia


HYPEART PRODUCTION

Hypeart Production telah ditubuhkan pada tahun 2021 setelah diberi bimbingan daripada allahyarham En Tomoe atau dikenali sebagai Ts. Azizul Zahid Jamal, Hypeart Production merupakan persatuan yang telah ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Teater yang sangat bersemangat dalam industri seni, pelbagai pementasan yang telah mereka pentaskan seperti teater klasik, teater muzikal, teater eksperimen dan pelbagai lagi. Dengan semangat berkarya yang ada pada diri mereka maka tercetusnya lah persatuan ini HYPEART PRODUCTION, semangat anak muda dalam industri seni tanah air.


更多 戲劇

顯示全部

2022不貧窮藝術節《It's okay 當然沒關係》

16/10/2022–30/11/2024·戲劇

2022年《婚內失戀》精選版

09/05–01/08/2024·戲劇

老鳥

07/08/2021–06/12/2024·戲劇

單人表演:《轉吧‧在與你道別之前》遺憾篇

06/07–02/12/2024·戲劇

台灣《⼩兒⼦⾳樂劇:沙發有⿊洞》

27/10–27/12/2024·戲劇

馬來西亞《有故事的人:⋯因為你是女人》

23/11–23/12/2024·戲劇